Friday, February 22, 2013

dugaan

dugaan yang kita terima. kadang kadang rasa kita tak mampu nak hadapi semua ni. hanya tangisan dan mengadu kepada Allah ye yang mampu buat kita lega. tapi bila kak farah kata "Allah tak akan bagi ujian tu kalau kita tak mampu nak hadapi". aku terus terfikir. mampukah aku. tak perlu aku persoalkan semua ni. semua ini ada hikmah. redha sahaja. InsyaAllah.
tapi dalam saat kita bersedih. kita hanya inginkan sokongan dari keluarga, rakan rakan dan yang tersayang. terasa hati juga kadang kadang bila semua memarahi kita. memang kecuaian kita tapi kita tak sengaja. marah tanda sayang kan :')
tapi dalam masa yang sama, mereka juga yang memberikan senyuman saat kita bersedih. terima kasih semua. dalam apa pun yang terjadi. jangan lupakan keluarga dan rakan rakan. mereka yang memyebabkan siapa kita disini hari ini. susah senang besama. my bestfriend. atin dan eha. dah banyak sangat mereka tolong. suka duka semua kami dah alami. hanya mereka yang aku ada di gombak ni.

mimi, nisa, najwa. aku rindu korang. semua gelak tawa korang. aku tak boleh lupa. kita semua dah jauh. semua kejar pelajaran dan cita cita kita. aku doakan korang berjaya. jangan pernah lupakan aku k. banyak betul kenangan kita. tapi sekarang. raya je dapat jumpa. nak buat macam mana. semua sibuk. :')

my dear sayang. thank you for everything. iloveyou so much. maaf atas semua kesalahan saya. banyak susahkan awak. tapi awak peganti keluarga saya disini. terima kasih kerana menjaga saya dengan baik disini. awak dah berikan senyuman pada saya.awak juga kawan baik saya.

terima kasih semua. dugaan ini memberikan pengalaman dan mematangkan kita. :')

Tuesday, February 12, 2013

memori indah

dear Mohd Dhamiri Imaan,

ingat tak lagi awak kisah kita berdua dahulu? hampir setahun kita bersama. tak salah untuk kita ingat kembali kenangan kita kan. semuanya indah. semuanya manis. di dalam indah dan manis ada duka lara yang kita hadapi. hanya air mata yang dapat kita luahkan. cabaran dalam hidup. cemburu itu sering terjadi. salah faham apatah lagi. tapi sedarkah awak semua ini mengajar kita untuk menjadi lebih matang? setiap apa yang saya lalui, saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik. saya ingat semua pesanan awak. semua mengajar saya untuk berubah menjadi lebih baik. menjadi bakal isteri awak yang terbaik. InsyaAllah. terima kasih atas segalanya awak :')

sayang, awak ingat tak first date kita. lawaknya. tu kita baru sangat berkawan. saya nak keluar ke bts teman kawan beli ticket. awak sanggup tu datang sana ambil saya. haha lawak sangat first time kita keluar sama. awak ingat tak sehari sebelum keluar awak tanya "yana nak pakai baju warna apa" haha setiap kali kita keluar mesti awak tanya. konon nak sweet la kan. tapi sekarang mana ada sangat dah. kita keluar kadang kadang baju memang dah sama. alalalala jodoh kot. haha ok perasan. and awak ingat second date? tu sangat mengada. saya suka semua kenangan kita dahulu. awak selalu je bagi saya pipi cramp kan. dulu awak   selalu bekorban demi saya. malam malam sanggup tu datang gombak nak jumpa saya. kadang kadang siap ajak kawan teman. haha indahnya. lawak pun ada. malam malam lepas maharajalawak awak datang nak bagi bear bear. tapi sekarang saya tahu bear bear tu mana datang saya letak kat rumah awak senyap senyap. haha. awak awak. 

awak ingat tak semua kenangan kita? mesti tak kan. otak saya macam otak gajah. boleh ingat semua. tapi awak suka lupa. sampai ape saya sembang dengan awak pun awak lupa. awak. terima kasih sebab dari dulu banyak berkorban untuk saya. awak. saya paling tak boleh lupa saat pertama kali kita bertentang mata. saat pertama kali awak kacau saya dalam class PPOM. saya tak boleh lupa semua tu. baru baru ni awak teman bawa saya pergi klinik. tapi tutup. awak beli air kelapa banyak sangat dekat saya. sebab saya disyakki demam campak. tu la awak suka campak saya. pagi buta dalam pukul dua lebih awak bawa saya pergi hkl. lama awak tunggu saya. sampai saya kena masuk air. awak teman juga saya. walaupun awak lari jauh sangat  sampai shell sebab nak pergi toilet. haaa sabar je lah. tapi terima kasih sangat sangat awak. sampai awak tak cukup tidur. terima kasih.

tapi saya nak awak ingat sesuatu. biarpun kita dah lama bersama tapi kita wajib ingat kenangan kita dulu. kenalah selalu recall apa kenangan kita. biar kita terasa manis manis cintan ni ha. saya tak pernah mengharapkan kesempurnaan awak. saya cuma harap awak yang terakhir dalam hidup saya. harap awak dapat menjaga keluarga awak dan saya dengan baik. kadang kadang makan hati juga dengan perangai awal. ala awak pun makan hati dengan saya. tapi awak kena ingat semua ni asam garam percintaan. tak ada satu benda tu sentiasa indah. pasti ada dukanya. kita dah rasa duka dalam hubungan ini. awak, walaupun saya ramai kawan lelaki, awak ramai kawan perempuan. awak kena ingat satu je, kejujuran dan kepercayaan. saya percaya awak, cuma saya perempuan biasa. banyak cemburu yang muncul. perempuan ni suka buat andaian sendiri. semua ni kerana perempuan takut akan kehilangan. maaf saya kuat juga cemburu. sebab saya takut awak lari jejauh. saya memang ramai kawan. dan saya nak awak tahu mereka cuma kawan. 

awak, semua yang kita lalui ada hikmahnya. awak perlu tahu yang saya sayang awak seorang. maaf saya bukan wanita solehah, saya bukan wanita idaman setiap lelaki, saya bukan wanita yang baik, saya juga kasar, saya banyak kekurangan. maafkan saya. saya terima kekurangan awak kerana saya tak mahu kesempurnaan awak. kaalu awak 100% sempurna, saya kena berlawan dengan ramai gadis. semua nak awak nanti susah saya. haha. awak ingat satu perkara. saya sayang awak dan keluarga awak. maafkan salah dan silap saya. iloveyou. thanks for everything. you're special to me. :D











Wednesday, June 20, 2012

Port Dickson bersama tersayang

bersama si gedik dan kawan kawannya apek dan farees ke port dickson, memang happy sangat, macam macam jadi. first time pergi PD dengan iman. si gedik habis exam je terus dia ambil kat rumah pastu malam gerak PD. sampai je PD dah pagi. terus pergi beli barang barang nak buat bbq tepi pantai.  nak buat bbq tu satu hal lagi. barang dah beli tapi nak hidupkan api tu lama benar. macam macam buat padam jugak, last sekali beli petrol tu ha. haha lawak sangat. yang iman suka betul main api, campak petrol tu dekat arang sampai terbakar botol tu, nasib baik dia bijak cepat cepat campak pasir kat botol tu. hahahahah lawak sangat, macam macam. dah siap bbq kita masa untuk makan dan tangkap gambar. haa sangatlah gedik.
farees, iman, apek

melantak sosej

alalalala so gedik. hehee

harus ku akui diriku pendek. *menci menci ketuk bahuuu



sampai pukul 8pagi duduk tepi pantai tu. kesian si gedik tak cukup tidur, tidur dalam kereta sampai tak selesa ye. balik rumah apek kejap mandi dekat rumah apek dan rehat kejap. iman cover tidur dia. nak drive la katakan. dekat rumah apek gaduh sapa kena mandi dulu. haha lawak benar. sabar je lah. dah siap semua masa untuk ambil gf apek dekat tampin rasanya. lepas dah ke tampin bawa diaorang ke kedai baju. diaorang beli baju raya sama sama. aaaaa so sweet. jealous i tauu. hahaa. dah habis tu pergi jusco pula. makan tengok wayang semua. tak sangka pula nak pergi tengok wayang. cerita bohsia 2. 




with my gedik busukkkkk. 

dua dua muka tak cukup tidur. gedik
kadang kadang benci tengok iman tinggi. 

dah maghrib sampai dekat rumah apek, hantar apek balik rumah dia. dia tak balik kl sekali. so kami bertiga bersama balik malam tu. dan waktu nak balik tu si iman dah mengantuk sangat sampai terlelap waktu drive. risau aku. nasib baik la aku ni kaki kacau orang tidur. terpaksa ganas sikit tak nak dia tidur. akhirnya alhamdulillah dalam pukul 9 tu selamat sampai rumah. haaa rinduuu sangat. macam macam kenangan dengan si gedik dan kawan kawan dia. dah la waktu pergi PD ni aku ada exam lagi 19hb tu. haaa bagus bagus. orang lain study aku pergi bercuti. tapi nasib baik gap jauh. sempat study. port dickson bersama tersayang superrrr duperrrrr awesome!!!!!!! 

rindu saat ini :')


Monday, June 11, 2012

empat hari tiga malam

alahai kenangan manis ni. empat hari tiga malam di rumah imaan ku sayang. haaaa ibu baik sangat. adik pun baik dan nakal. sepanjang dekat rumah dia, lepaskan rindu pada bubu sayang. hmm bubu dah jadi hak milik iman. hmm awak jaga dia elok elok tauuu. nanti tiap tiap minggu nak melawat sayang saya si bubu gedik tu. bubu dah tukar nama. bububie namanya. haha.
bila dah duduk dengan ibu, rindu sangat dekat mak. dah kongsi macam macam cerita dengan ibu. ibu pulak sporting sangat. nak balik tadi pun ibu pelok cium. lagi terharu. rasa tak nak balik pulak. hmm tinggalkan bubu paling berat sangat. berair mataku. nak tinggalkan si gedik sayang lagi lah. sampai je depan rumah terus berair mata. haaa ni betul betul dah rindu.

bubu waktu baru 2 bulan lebih. manja tidur dekat ketiak orang lepas tu gigit

si bubu gay jadi pondan, umur dalam 5bulan lebih. comel kan kan
dengan rasmi jadi hak milik iman. orang tengah study dengan iman dia kacau main earphone. rindunya :'(



bubu sayang, jaga diri dekat rumah abg iman your gay k. jangan nakal sangat nanti kena marah dengan ibu padan muka, jangan kacau ibu tengah masak, jangan kacau orang tengah makan tau. bubu makan banyak banyak tau, nanti kak yana datang rumah abg iman jenguk bubu tau. bubu tunggu tau. kak yana dah tak ada tempat bermanja. kalau tak sedih je mesti main dengan bubu. nanti kak yana tengah basuh kain tak ada sape nak tarik seluar kak yana. nanti sebelum kak yana keluar rumah kak yana dah tak jerit 'bye bubu sayang, balik nanti kita jumpa lagi'. nanti kalau kak yana balik tak ada yang jerit 'hye bubu sayang, dah makan ke bubusukk'. haaa rindunyaaaaaa. takpe. bubu akan sihat dan bahagia di rumah iman. terjaga sikit dia dekat sana. penuh kasih sayang dengan pecinta kucing. take care bubu, i always love you  ingat kak yana selalu tau. :')



Tuesday, June 5, 2012

hari yang berdebar

4.6.2012 hari yang paling medebarkan. hari berjumpa dengan ibu iman. haa berdebarnya hati ni. waktu dalam perjalanan nak ke rumah iman tu rasa nak terkeluar semua isi perut. Allah saja yang tahu bertapa berdebarnya hati ni. yela jumpa bakal ibu mertua kan. bila dah sampai depan rumah iman lagi berdebar, bergetar lutut ni rasanya. waktu iman panggil ibu lagi berdebar. kita ni dengan muka bajet ayu pun salam dengan ibu. lepas dah salam dengan ibu tu ibu masih gengam tangan kita. kuat pulak ibu gengam. haaa tiba-tiba rindu pula dekat mak dekat rumah. ibu sangat sporting. sangat sporting sampai tak sangka ibu sporting macam tu. adik iman comel juga. petah bercakap tu.

bahagianya hari bersama imaan. tapi kesian awak sayang, kurang tidur ya. maafkan saya. have a great day with you my gedik. kenangan manis namanya. awak sangat gedik, sweet dan comel. lepas ni iman jumpa mak pula. wah wah habis la kamu gedik kena dengan mak. hari yang berdebar menjadi hari yang paling bahagia bersama iman dan keluarga dia.  

Thursday, May 31, 2012

one month ♥

sebulan sudah kita rapat. dah sama class satu sem tapi tak pernah tegur. hanya pandang dari jauh. tu pun senyap senyap. bila kita bertentang mata mula la gelabah. jantung ni berdegup lain macam pulak. dulu saya crush dekat awak. tak tahu pula awak pun crush pada saya. tapi waktu tu zila pun minat tengok awak. boleh dikatakan kami bertiga minat la tengok muka awak. tapi saya diam sikit. takut nak bagi tahu sesiapa. tapi tak sangka dulu kita pandang dari jauh, suka senyap senyap, bila awak masuk class saya tengok je awak sampai saya duduk. bila kita pakai baju warna sama sama paling berbunga je hati. bila dah nak habis sem baru lah kita rapat kan. dan akhirnya saya dengan awak bersama. awak penyeri hidup saya, awak warna dalam hidup saya, awak buat saya bahagia. terima kasih sayang.

walaupun baru sebulan tapi macam macam dugaan kita dah lalui. proses perkenalan kan. semoga hubungan kita berpanjangan hingga ke syurga. kali ni tak ada hubungan main main. kita doakan yang terbaik ye sayang :') iloveyou Mohd Dhamiri Imaan B. Abdullah Cheong 


my super gedik
1 May 2012
Penceria hidupku, pemberi kebahagiaan, pewarna hidupku, 
si gedik, si manja, si comel, lelaki idaman, 
awak dah tembak hati saya dengan
cinta awak 

Wednesday, May 30, 2012

super gedik



Mohd Dhamiri Imaan B. Abdullah Cheong. my super gedik. walaupun kita masih baru tapi hati ni dah rasa macam lama kenal. susah nak terangkan. InsyaAllah kita sama sama doakan hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat kalau boleh hingga ke syurga. Amin. si gedik, si ngade ngade, si comel, si nakal. semuanya dekat dia lah. dua dua perangai macam budak budak. thanks for everything sayang. sama sama kita jaga ye. kenangan lalu usah di kenang ye. yang penting hari esok yang bakal kita lalui bersama. terima kasih kerana muncul dalam hidup saya :')