Friday, February 22, 2013

dugaan

dugaan yang kita terima. kadang kadang rasa kita tak mampu nak hadapi semua ni. hanya tangisan dan mengadu kepada Allah ye yang mampu buat kita lega. tapi bila kak farah kata "Allah tak akan bagi ujian tu kalau kita tak mampu nak hadapi". aku terus terfikir. mampukah aku. tak perlu aku persoalkan semua ni. semua ini ada hikmah. redha sahaja. InsyaAllah.
tapi dalam saat kita bersedih. kita hanya inginkan sokongan dari keluarga, rakan rakan dan yang tersayang. terasa hati juga kadang kadang bila semua memarahi kita. memang kecuaian kita tapi kita tak sengaja. marah tanda sayang kan :')
tapi dalam masa yang sama, mereka juga yang memberikan senyuman saat kita bersedih. terima kasih semua. dalam apa pun yang terjadi. jangan lupakan keluarga dan rakan rakan. mereka yang memyebabkan siapa kita disini hari ini. susah senang besama. my bestfriend. atin dan eha. dah banyak sangat mereka tolong. suka duka semua kami dah alami. hanya mereka yang aku ada di gombak ni.

mimi, nisa, najwa. aku rindu korang. semua gelak tawa korang. aku tak boleh lupa. kita semua dah jauh. semua kejar pelajaran dan cita cita kita. aku doakan korang berjaya. jangan pernah lupakan aku k. banyak betul kenangan kita. tapi sekarang. raya je dapat jumpa. nak buat macam mana. semua sibuk. :')

my dear sayang. thank you for everything. iloveyou so much. maaf atas semua kesalahan saya. banyak susahkan awak. tapi awak peganti keluarga saya disini. terima kasih kerana menjaga saya dengan baik disini. awak dah berikan senyuman pada saya.awak juga kawan baik saya.

terima kasih semua. dugaan ini memberikan pengalaman dan mematangkan kita. :')

No comments:

Post a Comment