Tuesday, February 12, 2013

memori indah

dear Mohd Dhamiri Imaan,

ingat tak lagi awak kisah kita berdua dahulu? hampir setahun kita bersama. tak salah untuk kita ingat kembali kenangan kita kan. semuanya indah. semuanya manis. di dalam indah dan manis ada duka lara yang kita hadapi. hanya air mata yang dapat kita luahkan. cabaran dalam hidup. cemburu itu sering terjadi. salah faham apatah lagi. tapi sedarkah awak semua ini mengajar kita untuk menjadi lebih matang? setiap apa yang saya lalui, saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik. saya ingat semua pesanan awak. semua mengajar saya untuk berubah menjadi lebih baik. menjadi bakal isteri awak yang terbaik. InsyaAllah. terima kasih atas segalanya awak :')

sayang, awak ingat tak first date kita. lawaknya. tu kita baru sangat berkawan. saya nak keluar ke bts teman kawan beli ticket. awak sanggup tu datang sana ambil saya. haha lawak sangat first time kita keluar sama. awak ingat tak sehari sebelum keluar awak tanya "yana nak pakai baju warna apa" haha setiap kali kita keluar mesti awak tanya. konon nak sweet la kan. tapi sekarang mana ada sangat dah. kita keluar kadang kadang baju memang dah sama. alalalala jodoh kot. haha ok perasan. and awak ingat second date? tu sangat mengada. saya suka semua kenangan kita dahulu. awak selalu je bagi saya pipi cramp kan. dulu awak   selalu bekorban demi saya. malam malam sanggup tu datang gombak nak jumpa saya. kadang kadang siap ajak kawan teman. haha indahnya. lawak pun ada. malam malam lepas maharajalawak awak datang nak bagi bear bear. tapi sekarang saya tahu bear bear tu mana datang saya letak kat rumah awak senyap senyap. haha. awak awak. 

awak ingat tak semua kenangan kita? mesti tak kan. otak saya macam otak gajah. boleh ingat semua. tapi awak suka lupa. sampai ape saya sembang dengan awak pun awak lupa. awak. terima kasih sebab dari dulu banyak berkorban untuk saya. awak. saya paling tak boleh lupa saat pertama kali kita bertentang mata. saat pertama kali awak kacau saya dalam class PPOM. saya tak boleh lupa semua tu. baru baru ni awak teman bawa saya pergi klinik. tapi tutup. awak beli air kelapa banyak sangat dekat saya. sebab saya disyakki demam campak. tu la awak suka campak saya. pagi buta dalam pukul dua lebih awak bawa saya pergi hkl. lama awak tunggu saya. sampai saya kena masuk air. awak teman juga saya. walaupun awak lari jauh sangat  sampai shell sebab nak pergi toilet. haaa sabar je lah. tapi terima kasih sangat sangat awak. sampai awak tak cukup tidur. terima kasih.

tapi saya nak awak ingat sesuatu. biarpun kita dah lama bersama tapi kita wajib ingat kenangan kita dulu. kenalah selalu recall apa kenangan kita. biar kita terasa manis manis cintan ni ha. saya tak pernah mengharapkan kesempurnaan awak. saya cuma harap awak yang terakhir dalam hidup saya. harap awak dapat menjaga keluarga awak dan saya dengan baik. kadang kadang makan hati juga dengan perangai awal. ala awak pun makan hati dengan saya. tapi awak kena ingat semua ni asam garam percintaan. tak ada satu benda tu sentiasa indah. pasti ada dukanya. kita dah rasa duka dalam hubungan ini. awak, walaupun saya ramai kawan lelaki, awak ramai kawan perempuan. awak kena ingat satu je, kejujuran dan kepercayaan. saya percaya awak, cuma saya perempuan biasa. banyak cemburu yang muncul. perempuan ni suka buat andaian sendiri. semua ni kerana perempuan takut akan kehilangan. maaf saya kuat juga cemburu. sebab saya takut awak lari jejauh. saya memang ramai kawan. dan saya nak awak tahu mereka cuma kawan. 

awak, semua yang kita lalui ada hikmahnya. awak perlu tahu yang saya sayang awak seorang. maaf saya bukan wanita solehah, saya bukan wanita idaman setiap lelaki, saya bukan wanita yang baik, saya juga kasar, saya banyak kekurangan. maafkan saya. saya terima kekurangan awak kerana saya tak mahu kesempurnaan awak. kaalu awak 100% sempurna, saya kena berlawan dengan ramai gadis. semua nak awak nanti susah saya. haha. awak ingat satu perkara. saya sayang awak dan keluarga awak. maafkan salah dan silap saya. iloveyou. thanks for everything. you're special to me. :D











No comments:

Post a Comment