Friday, January 27, 2012

bulan mengambang

mengikut kata mimi, mak dan fakta. ketika bulan mengambang orang gila ni akan bertindak sedikit agresif. ye dan mak aku bekerja di sana. bulan mengambang kena la mak berhati hati sikit, kadang kadang tengah rawat pesakit tu tetibe je pesakit tu baling pensel dekat mak, ha dah start angin dia. dan mengikut kata mimikita yang normal ni akan moodd swing sikit. errrr mungkin. 

dan macam mana boleh start semua cerita ni. semua gara gara kami keluar dan semua macam ada je yang tak kena. mimi tu tak tentu arah dia rasa terikat dan bengang, nisa dia agak kelam kabut sikit, najwa dia rasa serba salah dan aku tak sedap hati memanjang. memang start la kami cerita. lepas tu boleh pula cerita pasal assignment tak siap. ha memang memanjang la peningnyaa.tapi bahagia sangat dengan korang kawan. 

siang kelam kabut semua tak tahu nak pergi mana. last last lepas maghrib keluar pergi makan dekat dataran. haa memang dah lama tak makan dekat sana. memang dataran ni tempat banyak makanan. dah habiskan masa hanya di dataran. mana lagi nak jalan ni semua tempat dah pergi. nak pergi jauh tengok poket alamak lari bajet so duduk makan. bila dah jumpa manusia macam kami yang kuat makan ha memang tengok poket sekali lagi ha dah kering poket. bakal suami kami sila sediakan duit untuk makan sahaja dengan banyak. hahaha.

dah nak balik ok ok macam biasa dialog najwa 'jom la tangkap gambar'. haha comel je najwa ni. carilah tempat yang cantik sikit banyak banyak lampu tapi apee tah tak ada pun tempat lawa ni ha. lepas tu nampak Majlis Bandaraya Ipoh dan kami jerit kami bangga jadi anak Ipoh. okay meroyan dah keluar dan lari tengah tengah padang dan say cheese. dan mimi ingatkan kitaorang tentang muka hodoh 'apakata kita tangkap gamba muka hodoh lagi nak nak' aku pun ok ok jum. macam macam muka ada, dan ayat mimi lagi 'kita dah memang hodoh so jom tambahkan hodoh' aku ni dah la nak terkucil tambah gelak lagi dengan diaorang memang rasa nak terkucil dekat situ jugak. sabar je lah.

semuanya indah, dan masa berlalu cepat sangat. kenapa haa. tak puas. bulan 4 kita akan have fun lagi k my girls. lambatnya bulan 4 tuu. okay nak nangis teringat korang ni. belajar rajin rajin. tadi nak balik kita semua cakap belajar rajin rajin, jaga diri. peluk cium semua. okay agak kekok. dulu kita cuma cakap jaga diri dan salam biasa je. sekarang kita semua dah jauh kan rasa rindu membuak kann. happy sangat dengan korang :)


control sikit ayu

semua kena buat mulut

okay masa hidung kembang

my girls, jangan lupa saya, sayang awak selalu girls!

No comments:

Post a Comment