Friday, June 10, 2011

cerita cinta mereka

seorang perempuan menyimpan perasaan cinta dan sayang kepada seorang lelaki. lelaki berkenaan mungkin mempunyai perasaan yang sama. sebenarnya lelaki berkenaan keliru untuk memilih siapa. dan pada masa yang sama, lelaki berkenaan mahu melihat perubahan di dalam diri perempuan itu. perempuan itu memerlukan masa untuk berubah. kadang kala lelaki berkenaan tidak nampak dari mata kasar bahawa perempuan berkenaan telah banyak berubah demi lelaki berkenaan dan banyak berkorban. perempuan berkenaan hanya mampu berdoa dan berdoa agar pintu hati lelaki itu terbuka. kadang kala pintu hati lelaki itu terbuka, dan pada keesokkan harinya lelaki berkenaan hilang sifat kesedarannya itu. perempuan itu berusaha supaya lelaki itu nampak akan kehadiran perempuan itu dalam diri lelaki itu. 

pada suatu hari lelaki berkenaan keluar bersama perempuan lain di kedai makan, mungkin perempuan itu teman wanita lelaki itu. hati perempuan itu remuk apabila melihat mereka sedang makan bersama dengan mesra sekali. perempuan berkenaan hilang sabar. perempuan itu marah lelaki berkenaan dan hati perempuan itu sudah tawar dan rasanya seperti milo tanpa susu. lama kelamaan perempuan berkenaan sedar bahawa dia tidak patut memarahi lelaki berkenaan. kerana mereka tidak mempunyai hubungan selain hubungan teman tapi mesra. perempuan itu sedar atas kesilapannya. 

pada suatu hari perempuan dan lelaki ini bercuti bersama-sama ke pantai. mereka menikmati percutiaan yang cukup indah. bahagia sungguh perasaan perempuan itu. tibalah masanya untuk pulang ke rumah. mereka berdua menaiki bas untuk pulang. perempuan duduk di bahagian kiri dan lelaki berkenaan duduk di bahagian kanan. lelaki berkenaan ingin tidur tetapi perempuan berkenaan tidak mengizinkan. tetapi lelaki berkenaan berkata "tidurlah, kita tidur sama-sama k?" perempuan berkenaan hanya tersenyum bahagia. sebelum lelaki berkenaan tidur, lelaki itu mengengam tangan perempuan berkenaan dengan erat, perempuan berkenaan juga mengengam tangan lelaki itu dengan erat sekali. mereka tidak melepaskan tangan sehingga mereka sampai di destinasi mereka. kadang kala perempuan berkenaan terjaga dan membetulkan lansir di bas berkenaan supaya lelaki itu tidak terjaga dari tidur akibat sinaran matahari. lelaki itu tidur dengan nyenyak sekali. ada kala lelaki itu hampir tertidur di bahu perempuan itu. dan ada kala perempuan itu tersedar kerana semasa lelaki berkenaan tidur, lelaki itu mengengam terlampau erat tangan perempuan itu. perasaan perempuan itu pada saat mereka di dalam bas ialah tersangat risau. perempuan itu risau jikalau terjadi apa-apa kepada mereka. kerana keadaan bas itu seperti tidak stabil. dalam hati perempuan itu, jikalau terjadi apa-apa biarlah mereka sakit bersama-sama dan biarlah mati bersama. semakin erat perempuan itu mengengam erat tangan lelaki itu. di hati perempuan itu tertanya beribu persoalan, apekah perasaan lelaki itu pada dirinya. walauapa pun, perempuan berkenaan sangat bersyukur atas kebahagian yang diterimanya.

setelah sampai di destinasi mereka tersenyum bahagia, mereka melepaskan gengaman. agak tidak selesa kerana tangan mereka berpeluh kerana hampir 2jam mereka tidak melepaskan gengaman. mereka pulang dengan senyuman. tapi sehari selepas peristwa itu, lelaki berkenaan mendiamkan diri, menyepikan diri, apabila ada masa baru lelaki berkenaan membalas SMS dan megankat CALL perempuan berkenaan. perempuan itu sedih setiap masa, mereka ada terserempak di sebuah taman tapi perempuan berkenaan hanya melihat dari jauh kerana dia tahu di hati lelaki itu sudah hilang diri perempuan itu, dan mungkin ada perempuan yang cantik seperti bidadari di dalam hati lelaki itu. apa yang mampu perempuan itu lakukan adalah dengan berdoa lelaki
berkenaan selamat, sihat dan tidak melupakan perempuan berkenaan. 

pada keesokkan harinya perempuan berkenaan keluar bersama rakan-rakannya. ketika perempuan itu sedang melintas jalan, ada sebuah lori yang membawa kenderaan dengan laju dan melanggar perempuan berkenaan. kaki perempuan berkenaan digilis oleh tayyar lori berkenaan. tangan perempuan berkenaan patah dan kepala perempuan berkenaan retak dan mengalami gegaran otak yang serious. perempuan itu dimasukkan ke wad kecemasan. perempuan berkenaan terpaksa memakai kerusi roda untuk bergerak, kakinya mengambil masa yang agak lama untuk pulih. dan satu lagi perkara yang menyedihkan ialah perempuan berkenaan hilang separuh ingatan. dia hanya ingat kisah dia di waktu kecil bersama keluarga. hanya keluarga perempuan itu saja yang dia ingati. malangnya perempuan itu tidak mengenali lelaki berkenaan. pelbagai cara lelaki berkenaan lakukan agar perempuan berkenaan ingat kepada lelaki itu. tetapi satu pun tidak berjaya. lelaki berkenaan agak kecewa kerana saat terakhir perempuan itu masih mengingati segalanya, lelaki itu tidak ada di samping perempuan itu. lelaki berkenaan ingin menebus kesalahan dengan berusaha mengingakan kembali ingatan perempuan berkenaan. tetapi tidah beberapa berjaya. perempuan itu hanya mengingati saat mereka mengengam tangan di dalam bas untuk pulang ke rumah. itu sahaja yang perempuan itu mampu ingat. 

begitulah ceritanya. dan akhir cerita ini tidak dapat disambung kerana aku terjaa dari tidur. errrr TATA.

No comments:

Post a Comment