Tuesday, April 12, 2011

buang semua! buang!

baiklah saya nak bercerita lagi mengenai EX. ya your EX GIRLFRIEND or your EX BOYFRIEND. aku nak cakap semua ni sebab orang disekeliling aku mengalami situasi ini.
baiklah kita dah break dengan ex kita then kita lost contact. tiba2 hati jadi rindu dekat ex kita. apa perlu buat? 

kita terus cari benda yang boleh buat korang tak ingat dia. contohnya kerja. kerja boleh jugak buat kita lupa dekat ex kita tu. kita kerja mesti kita busy sampai tak ingat dia kan? 

kalau kerja tak boleh juga kita hang out dengan kawan2 kita. yes ini mujarab aku pernah try! korang keluar lah jalan2 ke makan2 ke. tapi kadang2 kita jalan2 terlalu or terpergi dekat tempat2 korang pernah date kan? apa nak buat? ok korang cuba think positive. biarlah rindu itu hadir tapi bila dia semakin hadir ke jauh dalam hati kita baik cepat2 buang. jangan nak rindu sangat k? ex kita dah buat kita macam jahanam kan? so jangan kenang. korang cuba fikir jahat dia pernah buat. tak akan korang nak masuk dalam kepompong jahanam tu lagi kan? come on. selalu perempuan mesti nak pergi balik dekat ex. dah la sayang. tak ada guna pergi dekat orang yang dah buat kita macam sampah. macam kain buruk yang mak korang guna lap dapur tu. dah la. tak payah ingat dia. memang banyak kebaikan dia dah buat kat kita tapi tak akan korang nak jadi orang bodoh lagi dan masuk dalam hidup dia balik? eh no way k sayang. 

kalau korang rasa susah sangat tolong buang semua benda tentang dia. buang k? kalau korang rasa barang2 yang dia bagi tak ada effect dalam hidup korang tak payah la buang. macam sayang pulak kan. macam tak menghargai pulak kan? tapi kalau aku, aku simpan semua barang2 tu dalam kotak je. then letak bawah katil. so benda tu akan jadi habuk je. tapi kalau ex korang bagi baju mahal ke. beg LV ke guess ke kan jangan la simpan je bawah katil. pakai ler. fuhh mahal tu. simpan je biar dia jadi bank account kita. wahahahaha.

tolong jangan stalking segala benda fasal dia! jangan tanya kawan2 dia yang dia sihat ke dah makan ke pergi mana ke dah berak ke dah dapat kerja ke. ehh no no no. jangan tanya. aku pun tak pernah tanya kawan2 dia. tolong jangan tengok facebook dia. nak tengok pun boleh tapi nanti korang rindu macam mana? kalau keluar kat feeds kan. korang tengok as friend je lah. kalau dah korang tak boleh sangat pergi delete je lah!

kawan2 dia semua cerita pasal dia kat korang kan? dah tolong cakap "tuka topic please" or "aku tak suka dengar cerita fasal lelaki tak guna di dunia". haha cakap lah apa2. tak pun korang buat pekak je k. aku pun pernah alami orang asyik nak cerita fasal dia. last2 aku buat pekak je. buat apa dengar cerita fasal dia? orang cakap dia dah teruk ke dah layan bohsia ke dah masuk club ke korang cakap je. OH YEKEE? TAK TANYA PON. kalau korang dengar nanti makin sakit hati makin rindu apa jadah. dah tak payah dengar lah sayang.

kita tahulah dia tu teruk dah buat kita macam2. dah sakitkan hati kita. dah dayus dengan kita ha dah jangan kita asyik nak maki hamun dia. jangan kita tergolong dengan perangai jahat seperti dia. jangan kita tukar attitude kita sebab dia. biar tukar attitude jadi manusia yang lebih berguna. sopan sikit bagi perempuan tu. jangan nak jadi bodoh. kalau dulu korang selekeh. sekrang cantik sikit. jangan selekeh sangat. kalau dulu korang buat dosa. tinggalkan. jangan jadi bodoh. 

dan kalau korang dah ada pasangan baru. pilih betul2. jangan terburu2. jangan pilih yang sama macam ex kita. jangan sesekali. dan jangan ulang kesilapan yang lama. jangan kita buat perkra yang sama dengan pasangan kita macam kita buat dengan ex kita. ianya kenangan silam dan jangan sesekali sayang. jangan terpengaruh dengan janji manis lelaki. pengalaman membuatkan kita lebih matang. ingat ye sayang. 

yes i know susah dan perit untuk lakukan semua ini. tapi Allah beri kita ujian kerana Allah tahu kita mampu. aku pernah rasa semua ini jadi aku berikan pendapat setakat yang aku mampu. ye aku bagi sebab aku berjaya lakukan. aku tahu perit sangat. mula2 memang susah nak buat sampai menangis 3jam tak berhenti. adoi bila dikenang sangatlah bodoh, tapi jangan kita menangis kerana orang yang tak menghargai kita. jangan. ingat semua yang terjadi mesti ada hikmah. kalau ada jodoh tak kemana. 

okay mulakan operasi membuang segalanyaaaa k :) 

chill relax dan asslamualaikum 

No comments:

Post a Comment